MUAR: Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu penting bagi mengelakkan anak-anak atau pelajar terdedah kepada sebarang risiko berbahaya khususnya ketika terlibat dalam aktiviti luar kelas.
"Ini adalah satu peringatan tegas, jangan didedahkan anak-anak kepada risiko di luar kemampuan mereka. Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa konsisten mengeluarkan nasihat supaya mengelakkan anak-anak terdedah kepada risiko hidrasi.
"Ibu bapa perlu jujur (maklumkan kesihatan anak) dan pihak sekolah tidak memaksa anak-anak terdedah kepada situasi itu atas faktor risiko. Sangat mustahak perkara ini diambil perhatian," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Aidilfitri Amanah Johor di Kampung Parit Keroma di sini hari ini.
Ditanya sama ada pihak sekolah perlu mempunyai maklumat berkaitan status kesihatan pelajar, beliau berkata KKM akan memperhalus perkara berkenaan.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab dilaporkan berkata seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Syahrul Anuar dipetik berkata Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara berucap ketika menghadiri Sambutan Aidilfitri Amanah Johor di Pusat Dalam Komuniti (PDK) PArit Keroma, hari ini. - Foto BERNAMA
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
Pertemuan penuh makna ibu bapa-anak di Madinah
Seorang anak yang bersyukur dapat bertemu ibu bapanya, jemaah haji Malaysia bagi musim tahun ini menganggap pertemuan mereka di Madinah sebagai sesuatu yang penuh bermakna apabila setahun tidak berjumpa di Malaysia.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.
Serangan Israel keatas Palestin keterlaluan - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel keatas Palestin sejak 7 Oktober lalu adalah keterlaluan.
Ada cubaan bawa kembali Resolusi Pemisahan Palestin 1947 oleh Israel - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berpandangan ada cubaan oleh Israel dan sekutunya untuk membentangkan kembali Resolusi 181(ii) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai asas sempadan antara Palestin dan Israel. Jelasnya, Amerika Syarikat dilihat cenderung kepada idea ini dengan menghalang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh PBB yang sedang berlangsung. #AgendaAWANI
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.